Thursday 17 March 2016

Sejarah Perniagaan Haji Mohd Salim




Perniagaan Hj. Mohd Salim kini akan menggunakan blog ini sebagai satu platform untuk kami memberikan info kepada pengunjung blog kami. Info yang diberikan bukan hanya merangkumi info mengenai perniagaan kami, namun juga kami ingin memberikan info secara menyeluruh kepada pengunjung blog kami. Sebagai permulaan, kami akan menceritakan serba sedikit mengenai penubuhan Perniagaan Hj. Mohd Salim dan perkhidmatan yang disediakan di kedai kami.



Sejarah Perniagaan Hj. Mohd Salim bermula di pasar malam pada sekitar tahun 1970. Pengasasnya, Hj. Mohd Salim mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menjual barang-barang di pasar malam dan juga pekan hari.  . Setelah itu ,beliau membuka sebuah kedai di Pekan Lama Parit Buntar pada tahun 1980an (Kedai ini telah ditutup operasinya). Pada tahun 1990, sebuah lagi kedai dibuka di Pusat Bandar, Parit Buntar dan kedai ini masih beroperasi sehingga sekarang. Perniagaan kami kini mula beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam pada hari biasa . Namun, masa perniagaan dilanjutkan pada musim perayaan  dan cuti hujung tahun.


Perniagaan Hj. Mohd Salim menjual semua jenis barang dan pakaian seperti perkakas haji & umrah, kelambu pengantin, sejadah, pelikat, batik, telekung, baju kurung, baju melayu, jubah lelaki & perempuan (dewasa & kanak – kanak), baju sekolah, unit uniform, baju kafa, blouse, t- shirts dan baju tidur. Selain mendapatkan barangan dari pengeluar, Perniagaan Hj. Mohd Salim juga mengeluarkan produk jahitan sendiri di bawah label SAFA; dimana rekaan, ukuran dan semua aktiviti jahitan dilakukan oleh staff kami sendiri. Selain itu, Perniagaan Hj. Mohd Salim juga menerima tempahan jahitan dengan harga berpatutan.


Antara produk yang dijual di Perniagaan Hj. Mohd Salim

Akhir sekali , kami juga baru memulakan bisnes online dan menerima tempahan online dengan harga berpatutan. Kami mengharapkan sokongan dari anda semua. Cadangan dan pendapat anda amatlah kami alu-alukan. Akhir kata, datanglah beramai-ramai ke Perniagaan Hj. Mohd Salim. Sekali anda datang, anda pasti tidak akan menyesal.
 








No comments:

Post a Comment