Thursday, 28 April 2016

E- Commerce














Perniagaan secara E-commerce atau perniagaan atas talian merupkan sesuatu yang sangat sibuk diperkatakan pada hari ini. Berbanding 5 tahun yang lepas, kini, perniagaan atas talian lebih maju dan para pelanggan lebih berkeyakinan untuk membeli barangan secara atas talian ataupun Online.

Namun begitu, bagi kami di Perniagaan Hj. Mohd Salim, Perniagaan atas talian merupakn sesuatu yang sangat baru bagi kami. Page facebook kami telah lama ada, namun aktiviti perniagaan secara online melalui Facebook ini baru sahaja bermula kira-kira dua bulan yang lepas.

Terlalu banyak penambahbaikan yang perlu kami lakukan. Mungkin pada sesetengah pihak, perniagaan secara online adalah lebih mudah berbanding perniagaan secara offline, namun bagi kami situasi yang sebaliknya pula berlaku. Kami bagaikan baru merangkak untuk perniagaan online kami, namun alhamdullilah untuk Perniagaan offline kami.

Untuk meneingkatkan kualiti Perniagaan kami secara online mahupun offline, komen-komen dari pengguna kami merupakan satu input yang sangat kami hargai. Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang komen ataupun idea untuk meningkatkan mutu barangan dan jualan kami, komen anda sangatlah kami alu-alukan. :)

Friday, 22 April 2016

PERSIAPAN HARI RAYA AIDILFITRI


            Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tina tidak lama lagi, pasti sudah ramai yang memulakan serba sedikit persiapan untuk hari yang mulia ini. Tempoh masa untuk persiapan hari raya ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada sesetengah individu lebih suka melalukan persediaan awal, dan ada juga yang melakukan persediaan “last minute”.

            Kami di Perniagaan Hj. Mohd Salim sendiri sedang dalam proses untuk menyediakan pakaian yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami gayakan pada hari yang mulia ini.



Aktiviti Photoshoot Sedang Dijalankan

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami menyediakan pakaian dari pelbagai warna dan gaya dengan harga yang berpatutan. Tidak dilupakan juga, kami akan menyediakan pakaina sedondon untuk seisi keluarga untuk digayakan bersama pada hari yang mulia ini.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Perniagaan kami akan beroperasi dari jam 10.00 Pagi sehingga 11.00 Malam. Jangan lupa singgah dan nikmati pembelian di kedai kami. :) 


Thursday, 14 April 2016

SAFA



Jenama SAFA adalah jenama yang dikeluarkan oleh Perniagaan Hj. Mohd Salim sendiri. Jenama ini muncul dari idea big boss kami, En.Mohd Shakil. Bagi jenama SAFA ini, Perniagaan hj. Mohd Salim terlibat dalam pemilihan kain, pembentukan saiz, pemotongan, dan sehinggalah ke jahitan. Pada mulanya penjenamaan ini dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya tertumpu kepada pakaian seragam sekolah. Kini, pakaian seragam sekolah SAFA telah mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana kualiti material dan kekemasan jahitannya. 

Namun begitu, kini penjenamaan SAFA telah dikembangakn kepada baju melayu, baju kurta, dan juga jubah lelaki. Oleh sebab bosnya ialah lelaki,Jadi lebih mudah bagi beliau untuk mereka pakaian lelaki berbanding perempuan. Namun begitu, kami pernah mengeluarkan jenama SAFA untuk pakaian perempuan, namun, sambutannya kurang. Oleh itu, Big boss kami telah menghentikan pengeluaran pakaian perempuan di bawah penjenamaan SAFA untuk beberapa tahun.

Namun begitu, Pada tahun ini, En. Shakil ingin mencuba nasib sekali lagi. Namun begitu, Kami hanya akan bermula daripada tudung sahaja dahulu.





Pemilihan kain, pemilihan warna, jahitan, dan penjenamaan semuanya dilakukan oleh Perniagaan Hj. Mohd Salim. Semua staff terlibat dalam menjayakan pengeluaran baby baru kami ini. 

Details mengenai shawl ini akan dimuat turun dalam Facebook Page Perniagaan Hj. Mohd Salim esok. :) 

Wednesday, 6 April 2016

WARNA

         Dalam kehidupan seharian kita, warna memainkan satu peranan yang penting. Warna dikatan mampu menggambarkan perasaan kita. Namun, bagaimanapun, kita semua memang hidup di dalam keindahan warna-warna. Tanpa warna, hidup kita akan menjadi bosan. Bayangkan bagaimana keadaan jika kita dikekelingi warna hitam dan putih sahaja (Pada asalnya, hitam dan putih bukan sejenis warna). Tentu sekali keadaan sekeliling akan menjadi sangat bosan dan kelam. 

         Tahukah anda mengenai warna? Warna dapat dibahagikan kepada empat kelompok utama iaitu Warna Primer, Warna Sekunder, Warna Tersier dan juga Warna Neutral. Warna Primer terdiri dari tiga warna utama iaitu, Merah, Biru dan Kuning. Apabila warna-warna ini digabingkan dengan jumlah komposisi yang tertentu, Warna Sekunder dihasilkan. Gabungan antara Warna Sekunder dan Primer akan menghasilkan Warna Tersier. Warna Neutral pula ialah gabungan antara tiga Warna Sekunder iaitu Merah, Biru, dan Kuning dengan komposisi 1:1:1 yang mana akan menghasilkan warna Hitam (anda boleh cuba eksperimen ini:)). 

        Topik warna ini dapat dikaitkan dengan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pasti ramai yang sudah ataupun sedang mencari warna yang sedondon untuk seisi keluarga.



Gambar diatas  adalah antara pelbagai warna yang dapat anda rujuk untuk memilih warna yang sesuai untuk hari raya ini. P/S: Semua warna ini bukan dibuat oleh perniagaan kami ye. Kami hanya mengoogle warna-warna ini. :). Kami tidak tahu warna flame red, tapi kami tahu warna merah. Hikhikhik. 


      Dan sebagai pengakhiran, kami di Perniagaan Hj. Mohd Salim masih dalam proses untuk menyiapkan pakaian hari raya kami. Tunggu 'update' dari kami ye. :)







Friday, 1 April 2016

FASHION KURTI

Apa maksud kurti ? Perkataan kurti berasal dari bahasa urdu dan hindi, yang secara harfiah bermakna baju tanpa berkerah (terbelah). Namun pada masa kini , kebanyakan kurti juga berkerah atau berbelah. Secara umum, Kurti merupakan pakaian longgar yang bahagian bawahnya boleh mencapai lutut . Kurti selalunya dipakai oleh perempuan muda mahupun dewasa . Kurti biasanya dipakai bersama pijama , salwar , churidar atau dhotis. Ini kerana, kurti ialah pakaian rasmi di negara India dan Pakistan. Namun pada masa moden ini , kurti sering dipakai bersama jeans, slack mahupun pallazo. Kurti dipakai dalam kegiatan seharian mahupun dalam acara formal.
Model kami telah mengayakan salah satu pakaian blouse ala-ala kurti . Perempuan selalunya memakai kurti sebagai blouse . Kurti jenis ini biasanya dipakai lebih pendek dan lebih ringan bagi menampakkan keanggunan pada perempuan tersebut . Pada zaman 1960-an hingga 1970-an kurti merupakan pakaian yang popular dan pakaian yang paling banyak sambutan dari masyarakat . Setelah itu pakaian kurti telah kurang mendapat sambutan . Namun kini, pakaian kurti kembali popular dan menyengat di hati masyarakat.
Untuk mendapatkan kurti seperti yang digayakan oleh model kami ini, anda boleh melihat butiran lanjut di Facebook kami and tempahlah secara online.