WARNA
Dalam kehidupan seharian kita, warna memainkan satu peranan yang penting. Warna dikatan mampu menggambarkan perasaan kita. Namun, bagaimanapun, kita semua memang hidup di dalam keindahan warna-warna. Tanpa warna, hidup kita akan menjadi bosan. Bayangkan bagaimana keadaan jika kita dikekelingi warna hitam dan putih sahaja (Pada asalnya, hitam dan putih bukan sejenis warna). Tentu sekali keadaan sekeliling akan menjadi sangat bosan dan kelam.
Tahukah anda mengenai warna? Warna dapat dibahagikan kepada empat kelompok utama iaitu Warna Primer, Warna Sekunder, Warna Tersier dan juga Warna Neutral. Warna Primer terdiri dari tiga warna utama iaitu, Merah, Biru dan Kuning. Apabila warna-warna ini digabingkan dengan jumlah komposisi yang tertentu, Warna Sekunder dihasilkan. Gabungan antara Warna Sekunder dan Primer akan menghasilkan Warna Tersier. Warna Neutral pula ialah gabungan antara tiga Warna Sekunder iaitu Merah, Biru, dan Kuning dengan komposisi 1:1:1 yang mana akan menghasilkan warna Hitam (anda boleh cuba eksperimen ini:)).
Topik warna ini dapat dikaitkan dengan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pasti ramai yang sudah ataupun sedang mencari warna yang sedondon untuk seisi keluarga.
Gambar diatas adalah antara pelbagai warna yang dapat anda rujuk untuk memilih warna yang sesuai untuk hari raya ini. P/S: Semua warna ini bukan dibuat oleh perniagaan kami ye. Kami hanya mengoogle warna-warna ini. :). Kami tidak tahu warna flame red, tapi kami tahu warna merah. Hikhikhik.
Dan sebagai pengakhiran, kami di Perniagaan Hj. Mohd Salim masih dalam proses untuk menyiapkan pakaian hari raya kami. Tunggu 'update' dari kami ye. :)
Lucky Club Casino site - Lucky Club Casino
ReplyDeleteLucky Club Casino is a new online gambling site by Lucky Club luckyclub.live with fast, free, secure banking options. With over 500 games to choose from, you can choose