Thursday 14 April 2016

SAFA



Jenama SAFA adalah jenama yang dikeluarkan oleh Perniagaan Hj. Mohd Salim sendiri. Jenama ini muncul dari idea big boss kami, En.Mohd Shakil. Bagi jenama SAFA ini, Perniagaan hj. Mohd Salim terlibat dalam pemilihan kain, pembentukan saiz, pemotongan, dan sehinggalah ke jahitan. Pada mulanya penjenamaan ini dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya tertumpu kepada pakaian seragam sekolah. Kini, pakaian seragam sekolah SAFA telah mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana kualiti material dan kekemasan jahitannya. 

Namun begitu, kini penjenamaan SAFA telah dikembangakn kepada baju melayu, baju kurta, dan juga jubah lelaki. Oleh sebab bosnya ialah lelaki,Jadi lebih mudah bagi beliau untuk mereka pakaian lelaki berbanding perempuan. Namun begitu, kami pernah mengeluarkan jenama SAFA untuk pakaian perempuan, namun, sambutannya kurang. Oleh itu, Big boss kami telah menghentikan pengeluaran pakaian perempuan di bawah penjenamaan SAFA untuk beberapa tahun.

Namun begitu, Pada tahun ini, En. Shakil ingin mencuba nasib sekali lagi. Namun begitu, Kami hanya akan bermula daripada tudung sahaja dahulu.





Pemilihan kain, pemilihan warna, jahitan, dan penjenamaan semuanya dilakukan oleh Perniagaan Hj. Mohd Salim. Semua staff terlibat dalam menjayakan pengeluaran baby baru kami ini. 

Details mengenai shawl ini akan dimuat turun dalam Facebook Page Perniagaan Hj. Mohd Salim esok. :) 

No comments:

Post a Comment