Friday 1 April 2016

FASHION KURTI

Apa maksud kurti ? Perkataan kurti berasal dari bahasa urdu dan hindi, yang secara harfiah bermakna baju tanpa berkerah (terbelah). Namun pada masa kini , kebanyakan kurti juga berkerah atau berbelah. Secara umum, Kurti merupakan pakaian longgar yang bahagian bawahnya boleh mencapai lutut . Kurti selalunya dipakai oleh perempuan muda mahupun dewasa . Kurti biasanya dipakai bersama pijama , salwar , churidar atau dhotis. Ini kerana, kurti ialah pakaian rasmi di negara India dan Pakistan. Namun pada masa moden ini , kurti sering dipakai bersama jeans, slack mahupun pallazo. Kurti dipakai dalam kegiatan seharian mahupun dalam acara formal.
Model kami telah mengayakan salah satu pakaian blouse ala-ala kurti . Perempuan selalunya memakai kurti sebagai blouse . Kurti jenis ini biasanya dipakai lebih pendek dan lebih ringan bagi menampakkan keanggunan pada perempuan tersebut . Pada zaman 1960-an hingga 1970-an kurti merupakan pakaian yang popular dan pakaian yang paling banyak sambutan dari masyarakat . Setelah itu pakaian kurti telah kurang mendapat sambutan . Namun kini, pakaian kurti kembali popular dan menyengat di hati masyarakat.
Untuk mendapatkan kurti seperti yang digayakan oleh model kami ini, anda boleh melihat butiran lanjut di Facebook kami and tempahlah secara online.

No comments:

Post a Comment