Thursday, 28 April 2016
E- Commerce
Perniagaan secara E-commerce atau perniagaan atas talian merupkan sesuatu yang sangat sibuk diperkatakan pada hari ini. Berbanding 5 tahun yang lepas, kini, perniagaan atas talian lebih maju dan para pelanggan lebih berkeyakinan untuk membeli barangan secara atas talian ataupun Online.
Namun begitu, bagi kami di Perniagaan Hj. Mohd Salim, Perniagaan atas talian merupakn sesuatu yang sangat baru bagi kami. Page facebook kami telah lama ada, namun aktiviti perniagaan secara online melalui Facebook ini baru sahaja bermula kira-kira dua bulan yang lepas.
Terlalu banyak penambahbaikan yang perlu kami lakukan. Mungkin pada sesetengah pihak, perniagaan secara online adalah lebih mudah berbanding perniagaan secara offline, namun bagi kami situasi yang sebaliknya pula berlaku. Kami bagaikan baru merangkak untuk perniagaan online kami, namun alhamdullilah untuk Perniagaan offline kami.
Untuk meneingkatkan kualiti Perniagaan kami secara online mahupun offline, komen-komen dari pengguna kami merupakan satu input yang sangat kami hargai. Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang komen ataupun idea untuk meningkatkan mutu barangan dan jualan kami, komen anda sangatlah kami alu-alukan. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment